• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Heading 1 Here:Enter the heading 1 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 2 Here:Enter the heading 2 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 3 Here:Enter the heading 3 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 4 Here:Enter the heading 4 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 5 Here:Enter the heading 5 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • SLIDE-1-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

  • SLIDE-2-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

  • SLIDE-3-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

  • SLIDE-4-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

Sunday 18 April 2010

Posted by Mohd Amirul Isma On 13:53 2 comments


PENGAJARAN MEMATANGKAN KITA

11.00 malam, 12 April 2010, Mu’tah, karak, Jordan

Seorang mahasiswa Malaysia Mu’tah telah dipukul dan dibelasah oleh seorang pemuda arab tempatan sehingga menyebabkan sendi sikunya retak, kepala luka dan lebam di beberapa bahagian lain. Mangsa yang berusia 24 tahun itu baru sahaja selesai mempengerusikan mesyuarat untuk Pameran Malaysia di Universiti Mutah yang akan berlangsung minggu depan. Beliau dalam perjalanan menghantar beberapa orang akhawat pulang ke rumah masing-masing tiba-tiba diserang secara mengejut.

Beliau pada mulanya dibaling dengan sebiji batu yang sederhana besar, tetapi berjaya dielak. Namun beliau mula mengesyaki sesuatu yang buruk akan berlaku, dua orang akhwat yang menjadi tanggungjawapnya menjadi penghalang untuk beliau terus lari menyelamatkan diri sebelum dirinya menjadi mangsa, dengan hati yang cekal beliau meneruskan perjalanan untuk menghantar akhawat tersebut selamat sampai ke rumah mereka. Namun malang tidak berbau, beliau ditahan oleh 4 orang pemuda arab tadi, hatinya bertambah risau dengan situasi tersebut, dihatinya mula berbisik dan berdoa “ Ya Allah selamatkan dua orang akhawat ni, janganlah mereka diapa-apakan”. Bisikan hatinya bagai didengari dan dimakbulkan oleh Allah yang Maha Mengasihi, akhawat disuruh pergi dari situ, namun tangan afifi telah dipegang kuat oleh arab tersebut, akhawat tersebut berlari dengan sepenuh kudrat bagi menyelamatkan maruah dan diri mereka , Afifi hanya mampu melihat pemergian akhawat tersebut dengan selamatnya sambil menarik nafas sedalam-dalamnya tanda kelegaan hati kerana mereka terselamat walaupun keadaan dirinya masih belum terjamin.

Tanpa disedari, beliau disembam sekuat-kuatnya ke jalan raya menyebabkan kepala beliau terhantuk kuat di atas jalan, ketika beliau masih dalam keadaan lemah, beliau terus disepak dan ditendang beberapa kali di bahagian belakang, perut dan pinggang. Jari beliau di pijak hingga tenggelam ke dalam jari-jemarinya batu-batu kecil. Kepala beliau disepak, dan dipijak, pada ketika itu para akhwat hanya mampu menjerit dari tirai tingkap rumah mereka dengan harapan ia diberhentikan, namun usaha tersebut sia-sia belaka. Dalam usaha melarikan diri, beliau sekali lagi diterajang dari belakang menyebabkan beliau jatuh tersungkur, dan pada ketika itu kepala beliau terhantuk ke pintu besi, aduh, azabnya, inikah hakikat sifat kemanusiaan?, mangsa ketika itu hanya mampu menjerit kesakitan dan mengungkapkan kalimah “Allah” sebagai pengubat kesakitan tersebut, apa yang lebih menyayat hati dalam keadaan yang begitu lemah arab tersebut mengambil kesempatan untuk menerajang terus kemuka beliau, mujurlah pada tika itu beliau perasan lantas menjadikan tangan nya sebagai penghadang agar tidak terkena ke wajahnya, namun tindakkan tersebut tidak lari dari risikonya, yang menyebabkan keretakkan di siku kirinya. Setelah puas mangsa dibelasah, arab tersebut hanya meninggalkan afifi dengan hanya berjalan seperti biasa, seperti orang yang tidak kenal erti ketakutan mahupun kesalahan. Dengan kudrat yang semakin luntur, Afifi hanya mampu mengengsot dengan dengan berbekalkan qudrat yang tinggal ke rumah akhawat berdekatan untuk mendapatkan bantuan yang hanya dapat diiringi dengan tangisan dan kesakitan yang tidak terhingga. .





Presiden PERMATA, Ustaz Amir Ibrahim ketika ditanya, menyatakan bahawa beliau telah menghubungi pihak berwajib di Amman. Manakala, Ustaz Hayyi pula telah menghubungi beberapa cawangan polis dan pihak keselamatan tempatan untuk memastikan suspek diberkas dan diberi hukuman yang setimpal dengan perbuatannya. Namun apa yang menduka citakan kami mahasiswa dan mahasiswi melayu Mu’tah, suspek tersebut masih lagi tidak berjaya diberkas dan diketahui suspek masih lagi berjalan bebas sambil bergelak tawa di sekitar pekan Mu’tah.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital diiringi oleh sahabat seperjuangan iaitu Ustaz Hazmi, Ustaz Syafiq dan Ustaz Faisal.


11.00 malam, 13 April 2010, Mu’tah, karak, Jordan

Pada keesokannya, rentetan daripada kesan pukulan oleh pemuda arab tersebut yang tidak berperikemanusiaan!! belasah tanpa sebab, sehingga berlakunya keretakkan tulang pada bahagian tangan, malam tadi afifi mngalami sesak pernafasan, dan kekejangan. Tanpa melengahkan masa kami (ahli bayt) terus meghubungi ambulan, dan telah tiba di rumah kami pada jam 11 malam . Apa yang menyedihkan hati kami setibanya di hospital, kami terus berjumpa dengan doktor dan meminta agar rawatan X-RAY pada bahagian badan (rusuk) afifi di lakukan, kerana dibimbangi sekiranya berlaku keretakan dimana-mana,dan akan memberi kesan besar terhadap tubuh badanya, Doktor tersebut mengarahkan kami supaya melakukan pembayaran terlebih dahulu sebayak JD16 (RM80) sebelum melakukan rawatan tersebut. Kami saling berpandangan antara satu sama lain, lantas kami menggeledah dompet mencari wang bagi membayar rawatan tersebut, namun duit pada ketika itu hanya didapati JD6 sahaja. Syuk dan Lutfi terus meminta dan memohon agar dibenarkan afifi melakukan rawatan terlebih dahulu kerana wang yang ada ketika itu tidak mencukupi, setelah itu syed muzaffar cuba mempertaruhkan handphone beliau (model nokia terkini) dengan penuh harapan afifi dapat terus menjalankan rawatan tersebut, inilah wahai para sahabat satu pengorbanan selaku sahabat sejati yang tidak mementingkan sesuatu pun demi keselamatan orang lain, adakah ini masih lagi tidak membuka mata penduduk Jordan bahawa ukhuwah yang terukir di mu’tah ini akan kekal buat selamanya malah akan bertambah lebih akrab. N

Namun hanya kekecewaan dan kehampaan diperolehi, Doktor tetap berkeras SELAGI XBAYAR TIDAK BOLEH MASUK!!!!,PERSOALANNYA MANAKAH YANG LEBIH PENTING??? NYAWA ATAU DUIT?? MEMANG TIDAK ADA SEDIKIT PUN SIFAT PERIKEMANUSIAAN!!!, TAK GUNA JADI DOKTOR!!, bagaikan aksi filem yang selaluditonton, namun inilah hakikat sebenar kejadian manusia yang penuh dengan kekotoran cintakan kekayaan, kami dalam kebuntuan, tiba-tiba datanglah sekumpulan makcik cleaner bertanyakan kepada kami apa yang sedang berlaku tatkala melihat kami dalam keadaan tidak tentu arah, mundar mandir, ke sana ke mari bagaikan cacing kepanasan. Makcik tersebut tanpa berbicara panjang terus menghulurkan JD16. Alhamdulillah dengan keberkatan itu Afifi dapat menjalankan rawatan tersebut. Mulia sungguh hati makcik cleaner yang boleh dikatakan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.Jika mahu dibandingkan dengan Doktor yg ANGKUH lagi BONGKAK yang boleh dkatakan berpendapatan 10 kali ganda lebih tinggi berbanding makcik cleaner tersebut, mulianya hati orang miskin.

Sama-sama kita doakan Afifi semoga beliaucepat sembuh dan pulih sediakala. SYAFAHULLAH.

Marilah wahai sahabat sekalian kita merenung sementara bagi memperolehi sedikit sebanyak pengajaran, kerana peristiwa ini akan lebih mematangkan kita dan menjadikan kita lebih berhati-hati dengan setiap langkah yang kita lakukan,

Kini keselamatan para pelajar di Mu’tah amat membimbangkan, dan kian terancam. Beberapa kes telah direkodkan sejak beberapa bulan yang lepas termasuklah diugut dengan pisau, dibaling dengan batu, dan rumah dipecah masuk.

Pada hakikatnya segala yangberlaku adalah petunjuk kepada kita semua, jangan terlalu selesa dengan suasana dan keadaan yang kita kecapi , ayuh bangkitlah wahai sahabat sekalian, berwaspada dengan keadaan sekeliling yang penuh pancaroba.

Namun yang amat membimbangkan adalah maruah dan keselamatan para akhwat yang ada di mu’tah ini, sebelum kejadian ini pihak syabab melihat mereka begitu yakin bergerak bebas tanpa muroqib, bersuka ria dihiasi dengan keyakinan yang mereka akan selamat dan dilindungi, nah ini jawapannya!, adakah kes yang berlaku ini masih lagi tidak membuka mata, hati dan akal para akhwat, para syabab telah sebulat suara akan sedaya upaya melindung dan mempertahankan akhwat dari pelbagai musibah, biar diri kami menjadi taruhan bukan bukan dirimu wahai akhwat yang menjadi mangsa pengorbanan.

Sedarlah wahai sahabat sekalian, bangkitlah segera dari kealpaan, bantu-membantu, bekerjasama, kepada syabab, buangkan keegoan dan sifat mementingkan diri sendiri, saling membantulah selagi berupaya kerana ianya akan mendatangkan pelbagai manfaat kepada setiap individu, ringan-ringankanlah diri anda untuk menjadi muroqib berwawasan, jauhi dari pelbagai alas an, kerana ianya akan meninggalkan kesan yang besar dalam kematangan kita sendiri

PERINGATAN BERSAMA:

Untuk sahabat di Mutah, Jordan, kita perlu lebih berhati-hati dan lebih berwaspada selepas apa yang menimpa kita sejak kebelakangan ini. Pihak PERMATA telah mewajibkan kepada para akhwat agar memastikan anda semua sentiasa bermuroqib supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Begitu juga dengan syabab, pastikan anda tidak berjalan sendirian, kerana ia boleh mengundang bahaya pada diri anda, muroqib hendaklah sekurang-kurangnya berdua dan anda juga disarankan untuk mempelajari apa-apa bentuk seni mempertahankan diri.

~Membanteras kezaliman, menegakkan keadilan, memperkasakan keselamatan.~


2 comments:

Salam, ana mencelah untuk memberi pendapat.

Selama ni, kita dah buat banyak inisiatif untuk mengelakkan perkara ni berlaku. Tapi tak dinafikan ada segelintir yang ingkar. Namun, bukan ingkar yang ana nak kedepankan sebagai permasaalahan. Bahkan, ana nak minta sensistiviti smeua sahabat syabab dan akahwat untuk turut sama-sama mengajak MSD dan Embassy sama-sama turun merasai bertanya sendiri kepada mangsa-mangsa di sini.

Tugas mereka, bukan untk hanya bertanya khabar atau memberi bantuan kewangan, kerana itu hanya masalah timbul yang boleh diselesaikan oleh para pelajar sendiri. Bahkan tugas MSD dan Embassy adalah untuk menyelsaikan masalah sebenar, the real problem, masalah tahap keselamatan Mu'tah untuk dihuni oleh penuntut Malaysia.

Isu ini tak mampu dan tak layak untuk hanya dibawa dan diusahakn oleh para pelajar mahupun persatuan. bahkan ianya memerlukan kepada agen kerajaan. Ingat, piagam pelangan MSD dan Embassy dalah untuk menjamin keselmatan Warga Malaysia di Luar negara...Ana tak gagah untuk membawa isu ini sendiria...harapkan ramai lagi yg dapat kesedaran. Wallahua'lam.

terima kasih pada saudara ihsan , atas pandangan beliau, benar kata beliau, jika perkara ini masih lagi tidak dititikberatkan alamatnya pada suatu ketika nanti kita akan jadi orang yang akan sentiasa ditindas, berasa takut-takut untuk meneruskan perjuangan dan pengajian, di manakah hak kita selaku anak di bawah pentadbiran beliau, ana akan sentiasa membantu dan memberi sokongan dalam memperjuangkan hak ini

Post a Comment