Ma'aruf dikalangan umat islam pada hari ini bahawasanya dalam perbuatan seharian hendaklah kita memulakannya dengan "Bismillahirahmanirrahim" bagi mendapatkan keberkatan, kesejahteraan dan perlindungan dari Maha Pemberi iaitu Allah Ta'ala.
Di antara perkara-perkara atau perilaku yang disunatkan memulakannya dengan Basmalah: ketika berwudhuk, ketika masuk masjid, ketika keluar dari rumah dan ketika masuk, ketika menunggang tunggangan (menaiki kenderaan), sebelum makan dan minum, memakai pakaian, dengan tujuan mengagungkan Allah dan mengambil keberkatan dari namaNya yang mulia dan untuk menzahirkan kesyukuran kepada Allah atas nikmat yang dianugerahkan dan banyak lagi.
Namun ramai yang tidak mengetahui terdapat larangan yang keras dari Baginda berkenaan ketidak sesuaian dalam meletak kalimah yang mulia ini.
Telah bersabda Baginda Rasulallah I : Allah ta’ala melaknat barangsiapa yang berbuat demikian, janganlah kamu meletakkan بسم الله melainkan pada tempatnya. Maka wajib bagi kita wahai sahabat sekalian memuliakan nama-nama Allah ta’ala yang Agung.
Pada hari ini kita digoncangkan dengan satu krisis yang amat membimbangkan, kita selaku pemegang tittle Muslim, digoyahkan dengan satu cubaan menyama tarafkan nama Allah ta’ala yang Agung dengan Tuhan mereka yang bukan beragama islam. Ayuh wahai teman sekalian, jadikanlah diri kita ini golongan yang mempertahankan hak yang sepatutnya, bukan jadi pembuka laluan untuk mereka.
Rasanya tak perlu nak bersyarah panjang takut nanti kena band plak huhuhuh…. Apa-apa pun ahlan wasahan ke blog ana yang tidak seberapa ni…sekadar menimba dan berkongsi.
0 comments:
Post a Comment