• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Heading 1 Here:Enter the heading 1 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 2 Here:Enter the heading 2 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 3 Here:Enter the heading 3 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 4 Here:Enter the heading 4 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • Heading 5 Here:Enter the heading 5 description here.Go to blogger edit html,find these words and replace it with your own description ...
  • SLIDE-1-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

  • SLIDE-2-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

  • SLIDE-3-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

  • SLIDE-4-TITLE-HERE

    Welcome to Blogger.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these text/sentences with your own descriptions.This theme is convert to Blogger by Premiumbloggertemplates.com.Download this template and more Premium Blogger Templates From PremiumBloggerTemplates.com...

Monday 17 May 2010

Hadi oh Hadi.....

Posted by Mohd Amirul Isma On 12:41

Hadi oh Hadi....

18 hari penuh misteri,
Bayt Bukhara menjadi destinasi,
Membina tapak persahabatan kami,
Terus dinobat sahabat sejati.

Bayt Yakusza kian menyepi,
Kerana kehilangan penyeri hati,
Bukan ku culik bukan ku curi,
Sekadar meminjam sebentar permata hati.






Maafkanku Syariff & Fitri,
Bukan niat menyakitkan hati,
Kalian berdua tetap disayangi,
Percalah !! jangan diragui.

Hadi oh Hadi....

Dirimu sombong tika menyendiri,
Menjadi periang jika dikenali,
Nasi ayam batu 6 masyhur digilai,
kini di Mu'tah amat dikenali.

Hadi oh Hadi....

Kasut hijau penceria kami,
Melihat sinaran putihnya gigi,
Gelak tawa tidak sesekali dilupai,
Yakinilah !! dikau sentiasa disanubari.

Hadi oh Hadi....

Sedikit pencerahan sentiasa diulangi,
Bermain dibibir ayat motivasi,
Bijaksana dan berideologi,
Setiausaha PERMATA jawatan disanjungi.

Hadi oh Hadi....

Kecekalanmu dalam mencari,
Untuk dijadikan peneman hidup & mati,
Diri kecewa tidak dikenali,
Terus berusaha hinnga ke hari ini, (siapalah yang bertuah tu yer..)

Hadi oh Hadi....

Dirimu pergi tiada pengganti,
Diri kecewa sebagai tanda & bukti,
engkau amat berharga buat kami,
Kekal dihati kekal abadi.

Hadi oh Hadi....

Selamat tinggal ucapan dari kami,
Semoga tercapai apa yang dihajati,
Dirimu contoh dirimu mithali,
Menjadi propaganda kami di sini.

SELAMAT TINGGAL ABDUL HADI,
Pulang ke Malaysia tanah yang dicintai,
Biarlah kami sedih di sini,
Moga kami berjaya nanti,
SEPERTI MU ABDUL HADI.

Sunday 18 April 2010

Liqo' Itqan " PERMATA matang 2010"

Posted by Mohd Amirul Isma On 14:18



LIQO' ITQAN "PERMATA MATANG 2010"
24 April 2010 bersamaan 10 Jumada al awwal 1431 H
Sabtu,
2.00 petang,
di Nadi Mu'tah

OBJEKTIF:
1- Menyediakan peluang untuk ahli memberi kritikan dan pandangan kepada persatuan.
2- Meraikan ulang tahun penubuhan PERMATA 09/10
3- Memastikan objektif yang telah digariskan pada permulaan sesi tercapai atau dapat diperkemaskan
perjalanannya hasil daripada pandangan serta kritikan ahli
4- Memastikan persatuan bergerak seiring dengan penerimaan ahli

Kepada mahasiswa dan mahasiswi Mu'tah anda dijemput hadir

" SETEGUH IKATAN, SEHATI BERSAMA"


* e-book laporan program PERMATA (liqo' itqan) boleh download di link ini : DOWNLOAD

Posted by Mohd Amirul Isma On 13:53


PENGAJARAN MEMATANGKAN KITA

11.00 malam, 12 April 2010, Mu’tah, karak, Jordan

Seorang mahasiswa Malaysia Mu’tah telah dipukul dan dibelasah oleh seorang pemuda arab tempatan sehingga menyebabkan sendi sikunya retak, kepala luka dan lebam di beberapa bahagian lain. Mangsa yang berusia 24 tahun itu baru sahaja selesai mempengerusikan mesyuarat untuk Pameran Malaysia di Universiti Mutah yang akan berlangsung minggu depan. Beliau dalam perjalanan menghantar beberapa orang akhawat pulang ke rumah masing-masing tiba-tiba diserang secara mengejut.

Beliau pada mulanya dibaling dengan sebiji batu yang sederhana besar, tetapi berjaya dielak. Namun beliau mula mengesyaki sesuatu yang buruk akan berlaku, dua orang akhwat yang menjadi tanggungjawapnya menjadi penghalang untuk beliau terus lari menyelamatkan diri sebelum dirinya menjadi mangsa, dengan hati yang cekal beliau meneruskan perjalanan untuk menghantar akhawat tersebut selamat sampai ke rumah mereka. Namun malang tidak berbau, beliau ditahan oleh 4 orang pemuda arab tadi, hatinya bertambah risau dengan situasi tersebut, dihatinya mula berbisik dan berdoa “ Ya Allah selamatkan dua orang akhawat ni, janganlah mereka diapa-apakan”. Bisikan hatinya bagai didengari dan dimakbulkan oleh Allah yang Maha Mengasihi, akhawat disuruh pergi dari situ, namun tangan afifi telah dipegang kuat oleh arab tersebut, akhawat tersebut berlari dengan sepenuh kudrat bagi menyelamatkan maruah dan diri mereka , Afifi hanya mampu melihat pemergian akhawat tersebut dengan selamatnya sambil menarik nafas sedalam-dalamnya tanda kelegaan hati kerana mereka terselamat walaupun keadaan dirinya masih belum terjamin.

Tanpa disedari, beliau disembam sekuat-kuatnya ke jalan raya menyebabkan kepala beliau terhantuk kuat di atas jalan, ketika beliau masih dalam keadaan lemah, beliau terus disepak dan ditendang beberapa kali di bahagian belakang, perut dan pinggang. Jari beliau di pijak hingga tenggelam ke dalam jari-jemarinya batu-batu kecil. Kepala beliau disepak, dan dipijak, pada ketika itu para akhwat hanya mampu menjerit dari tirai tingkap rumah mereka dengan harapan ia diberhentikan, namun usaha tersebut sia-sia belaka. Dalam usaha melarikan diri, beliau sekali lagi diterajang dari belakang menyebabkan beliau jatuh tersungkur, dan pada ketika itu kepala beliau terhantuk ke pintu besi, aduh, azabnya, inikah hakikat sifat kemanusiaan?, mangsa ketika itu hanya mampu menjerit kesakitan dan mengungkapkan kalimah “Allah” sebagai pengubat kesakitan tersebut, apa yang lebih menyayat hati dalam keadaan yang begitu lemah arab tersebut mengambil kesempatan untuk menerajang terus kemuka beliau, mujurlah pada tika itu beliau perasan lantas menjadikan tangan nya sebagai penghadang agar tidak terkena ke wajahnya, namun tindakkan tersebut tidak lari dari risikonya, yang menyebabkan keretakkan di siku kirinya. Setelah puas mangsa dibelasah, arab tersebut hanya meninggalkan afifi dengan hanya berjalan seperti biasa, seperti orang yang tidak kenal erti ketakutan mahupun kesalahan. Dengan kudrat yang semakin luntur, Afifi hanya mampu mengengsot dengan dengan berbekalkan qudrat yang tinggal ke rumah akhawat berdekatan untuk mendapatkan bantuan yang hanya dapat diiringi dengan tangisan dan kesakitan yang tidak terhingga. .


Friday 16 April 2010

ma'rad saqofi

Posted by Mohd Amirul Isma On 12:33


Malaysia International Exhibiton


Pameran ini adalah merupakan kesinambungan daripada program tahunan yang dianjurkan oleh kelab pelajar-pelajar luar Jordan, Universiti Mu'tah, yang mana ia diadakan satu pameran kebudayaan yang memperkenalkan negara-negara bagi pelajar luar daripada negara jordan

Bersandarkan kepada matlamat Perdana Menter Malaysia, Dato' Ser Najib Tun Razak yang ingin memperkenalkan Malaysia dimata dunia.

di antara objektif:

1. Mempamerkan kebudayaan Malaysia di mata dunia terutamanya terhadap Mahasiswa luar negara di Jordan.

2. Menarik minat masyarakat luar untuk mengenali Malaysia dengan lebih dekat lagi.

3. Mempromosikan negara Malaysia dari sudut pelancongan, pendidikan tinggi dan kerjaya kepada masyarakat luar negara.

4. Mempromosikan konsep 1 Malaysia kepada warga luar.

5. Menjalinkan hubungan rapat diantara pelajar Malaysia dan masyarakat luar negara.

Kepada mahasiswa & mahasiswi anda dijemput hadir bagi pembakar semangat cintakan negara dan memeriahkan lagi majlis tersebut

Saturday 10 April 2010

Facebook Rounder (penyekat iklan facebook)

Posted by Mohd Amirul Isma On 12:46

Dalam melakukan sesuatu perkara kita perlukan kepuasan yang maksima, adakalanya iklan-iklan yang ada di sebelah kanan facebook menyemakkan mata dan menimbulkan sedikit perasaan meluat, macam-macam iklan yang dipaparkan yang menyebabkan tangan gatal nak klik iklan tersebut sperti "mencari gadis sexy" dan sebagainya.

Tahukah anda?, terdapat software yang boleh menyekat iklan tersebut, sekaligus mencantikkan halaman facebook anda.

Facebook Rounder merupakan extension untuk goggle chrome berfungsi sepertimana yang telah dijelaskan di atas, mencatikkan dan menyekat iklan.




Tiada lagi istilah melihat iklan "buat duit dirumah sambil goyang kaki" dan sebagainya yang menyemakkan mata anda.

download link : Facebook Rounder

Berkongsi demi kepuasan bersama, semoga ia bermanfaat

Monday 29 March 2010

Mini Lyrics

Posted by Mohd Amirul Isma On 14:21

Salam pertemuan kepada sahabat- sahabat sekalian. Susahnya nak cari lirik lagu ni, nak nyanyi tak tau lirik, mula langkah mencari lagu kat internet, isyk buang masa betul la, baru nak feel dengan lagu ni huhuh. Tau tak, Masa itu amat berharga, jadi janganlah kita membazirkannya dengan sesuatu perkara yang tidak berfaedah (berfaedah sangat la ni huhuh)Tak perlu susah-susah nak cari lirik bagi lagu. Software MiniLyrics akan membantu sahabat sekalian untuk dowload lirik secara automatik. Apabila anda mainkan apa-apa lagu di Winamp atau Windows.


klik gambar untuk besar

Media Player, lirik akan dipaparkan sejurus lagu dimainkan pada MiniLyrics. MiniLyrics tidak terbatas hanya pada winamp dan Windows Media Player sahaja bahkan ia juga juga boleh digunakan bersama Foobar, gomp player, iTunes, ReallPlayer, dan banyak lagi.

untuk download klik di sini: MiniLyrics


Semoga ianya bermanfaat

Tuesday 23 March 2010

Adab menuntut ilmu

Posted by Mohd Amirul Isma On 08:02

ADAB MENUNTUT ILMU



· Memperbetulkan niat serta ikhlas karana Allah Ta’ala

· Berdoa kepada Allah agar diberikan taufiq dalam menuntut ilmu.

· Jika seseorang terlambat dalam menghadiri majlis ilmu, maka lebih baik baginya untuk tidak mengucapkan salam kerana ianya boleh mengganggu perjalanan majlis tersebut.

· Tidak beramal dengan ilmu adalah sebab hilangnya barakah ilmu tersebut, Allah Ta’ala telah mengecam mereka yang berkelakuan seperti ini dalam firman-Nya:

يَاأَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا لِمَ تَقُوْلُوْنَ مَا لاَ تَفْعَلُوْنَ كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللهِ أَنْ تَقُوْلُوْا مَالاَ تَفْعَلُوْنَ

“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan”.[1]

· Beradab dan berbudi bahasa dalam menuntut ilmu.

·